PARIT BUNTAR:Orang ramai diingatkan supaya tidak mengambil tindakan dengan memasang jerat bagi mengatasi masalah ancaman babi hutan kerana akan menyebabkan haiwan liar itu menjadi ganas.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata sesiapa yang mengesan kehadiran babi hutan di sesuatu kawasan perlu membuat aduan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.
"Saya berharap orang ramai jangan memasang jerat tetapi hendaklah membuat laporan kepada pihak Perhilitan untuk tindakan lanjut kerana khuatir terhadap keselamatan orang ramai sekiranya jerat yang dipasang itu menyebabkan kecederaan kepada babi hutan sehingga membuatkan haiwan itu bertindak ganas," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.
Beliau berkata pihaknya telah melakukan operasi menembak mati dan memasang perangkap bagi mengatasi masalah ancaman haiwan liar itu dan berdasarkan aduan diterima, 874 ekor babi hutan telah dilupuskan pada tahun lalu berbanding 521 pada tahun 2019.
Yusoff diminta mengulas berhubung kejadian seorang petani yang cedera diserang seekor babi hutan ketika sedang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Batu 10, Jalan Pantai, Tanjung Piandang pada Isnin lalu.
Beliau turut meminta orang ramai supaya menguruskan pembuangan sampah dan sisa makanan dengan baik termasuk membersihkan semak-samun dan hutan belukar bagi mengelakkan pembiakan haiwan liar itu.
Dalam kejadian itu, mangsa Mohd Ramli Putih, 49, mengalami kecederaan pada lengan dan bahu kanan akibat disondol oleh seekor babi hutan yang cedera dipercayai terkena perangkap berikutan terdapat tali yang terikat pada kakinya.
Mohd Ramli ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Parit Buntar Md Nayan Salleh semalam berkata beliau masih trauma dan tidak dapat melakukan kerja berat akibat kejadian itu.
BACA: Penunggang maut, motosikal terlanggar binatang di Jalan Ipoh - Kuala Lumpur
BACA: Penduduk resah babi hutan terus ceroboh tanah perkuburan
Menceritakan kejadian kira-kira 11 pagi itu, Mohd Ramli berkata babi hutan itu secara tiba-tiba datang dari arah sawah padi dan merempuh motosikal dinaikinya semasa dalam perjalanan ke rumah selepas membeli sekampit simen di Pekan Tanjung Piandang.
"Saya kemudian terjatuh bersama motosikal dan ketika cuba untuk bangun, babi hutan itu sekali lagi menyondol belakang badan saya dan menyebabkan saya terhempas kali kedua di atas jalan.
"Tanpa menghiraukan kesakitan yang dialami, saya bangun dan memberanikan diri untuk menendang babi itu yang cuba menyerang saya lagi sehingga ia terjatuh ke dalam longkang sawah," katanya.
Katanya beliau kemudian pulang ke rumah yang terletak kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian dan mengambil sebatang besi untuk memukul babi hutan itu sehingga mati kerana bimbang ia mencederakan orang lain di kawasan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 27 2021
Berdasarkan aduan diterima, 874 ekor babi hutan telah dilupuskan pada tahun lalu berbanding 521 pada tahun 2019. - Gambar hiasan
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Regu Malaysia muncul juara tewaskan Thailand 2-0
Stadium Titiwangsa menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia selepas menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF apabila menewaskan seteru utama 2-0.
Doubles Malaysia tewaskan Thailand, rampas gelaran juara
Hari bersejarah buat sukan sepak takraw negara apabila berjaya menjuarai kejohanan Piala Dunia ISTAF buat kali pertama dalam acara doubles.
Ketua negara beri penghormatan terakhir buat Raisi
Pemimpin-pemimpin dunia dan menteri tertinggi dari pelbagai negara berhimpun di Tehran bagi memberi penghormatan terakhir buat Presiden Iran Ebrahim Raisi yang maut dalam nahas helikopter di sempadan Azerbaijan. Antara figura yang dilihat hadir, Emir Qatar, Tamim bin Hamad Al Thani, pemimpin-pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan Presiden Tunisia, Kais Saied.
Pelihara sekiranya tidak mahu kehilangan khazanah 'megadiverse' negara
Malaysia merupakan antara negara yang kaya dengan kepelbagaian biologi berbanding dengan negara-negara seperti Afrika dan Amerika Syarikat dan khazanah yang ada di negara ini harus dinikmati, disayangi dan dicintai demi masa hadapan untuk generasi yang akan datang.
Namun pun begitu, menurut Setiausaha Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan NRES, S.Siva Kumar, dia berpendapat bahawa mungkin orang ramai tidak dapat menikmati khazanah negara untuk jangka masa yang panjang jika orang ramai tidak ambil cakna tentang kepentingan ini.
Namun pun begitu, menurut Setiausaha Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan NRES, S.Siva Kumar, dia berpendapat bahawa mungkin orang ramai tidak dapat menikmati khazanah negara untuk jangka masa yang panjang jika orang ramai tidak ambil cakna tentang kepentingan ini.
Ketua negara beri penghormatan terakhir buat Raisi
Pemimpin-pemimpin dunia dan menteri tertinggi dari pelbagai negara berhimpun di Tehran bagi memberi penghormatan terakhir buat Presiden Iran Ebrahim Raisi yang maut dalam nahas helikopter di sempadan Azerbaijan. Antara figura yang dilihat hadir, Emir Qatar, Tamim bin Hamad Al Thani, pemimpin-pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan Presiden Tunisia, Kais Saied.
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke China
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Hong Kong pada Rabu untuk memulakan lawatan rasmi ke China. Beliau diiringi isteri Datin Seri Hamidah Khamis. Ketibaan beliau dan delegasi di hotel penginapan di Hong Kong disambut oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Muhamad Alamin dan pegawai kanan kerajaan.
Polis Melaka tawar diskaun saman 50%
Polis Diraja Malaysia menawarkan diskaun saman sebanyak 50% kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Dataran Pahlawan, Melaka.
Empat sekeluarga cedera, kereta rempuh babi hutan
Empat sekeluarga cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke bahu jalan akibat merempuh seekor babi hutan di Jalan Muar-Parit Sulong di sini, tengah hari tadi.
Warga emas parah disondol babi hutan
Kejadian berlaku pada jam 9 pagi itu menyebabkan mangsa, Umar Ngah, 78, cedera parah pada lengan kiri dan luka di kepala, telinga serta beberapa anggota badan.
Wabak ASF: 91 babi hutan mati di Terengganu
Sebanyak 91 babi hutan di sekitar kawasan hutan Air Putih dekat Kemaman, disahkan mati akibat penyakit Demam Babi Afrika (ASF).
Penduduk Kampung Kelongkong resah 'diserang' babi hutan
Penduduk tidak pernah melihat kemunculan babi dengan jumlah yang banyak dan kerap sepanjang lebih 50 tahun tinggal di kampung itu.
Wabak Demam Babi Afrika dikesan di Bidor, Sungkai, Jerantut
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) hari ini mengesahkan pengesanan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) pada babi hutan di Bidor dan Sungkai, di Perak, serta Jerantut di Pahang.
Kecoh dibuatnya, babi sesat di Persiaran Gurney!
Kehadiran seekor babi hutan sesat di kawasan Persiaran Gurney, Pulau Pinang mencemaskan orang ramai di sekitar kawasan itu pada Jumaat.
Shakira 'diserang' babi hutan ketika berjalan bersama anak di Barcelona
Shakira merupakan mangsa terkini tabiat agresif babi hutan yang semakin 'menakluki' bandar raya itu.
Rimas! Penduduk Rom tidak tahan lagi saban tahun diancam babi hutan
Wilayah Lazio di Rom sahaja dianggarkan terdapat antara 5,000 hingga 6,000 ekor babi hutan di taman awam.
Disangka babi hutan, pemburu maut ditembak
Seorang lelaki maut apabila terkena tembakan yang dilepaskan rakan sendiri semasa aktiviti memburu di kawasan hutan Sungai Tanyit, Merit, dekat sini, semalam.
Kemaluan dipotong, dicampak selepas dituduh cuba merogol anak buah
Mengerikan! Seorang lelaki berdepan detik negeri apabila kemaluannya dipotong oleh dua lelaki kemudian diberi makan kepada beberapa ekor babi hutan.